Berikut ini adalah keistimewaan wanita menurut Islam.
1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 70 orang pria yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah.
4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak pria. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji
dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata
“Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap pria?”
tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14.
Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang
perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17.Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir
(anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman
(ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T.
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah
adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang
jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
22. Rakaat solat dari
wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak
hamil.
23. Wanita yang memberi
minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya
sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
24. Wanita yang melayani
dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat
pahala jihad.
25. Wanita yang melihat
suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih
sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak
cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadat.
28.Wanita yang memerah
susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.
29. Wanita yang menguli
tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu
lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan
dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan
dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin
akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu
uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati
dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani
suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36.Jika wanita menyusui
anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan
khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya
kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan
puasa.
37. Jika wanita memicit/mijat
suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
38. Wanita yang meninggal
dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39. Jika suami mengajarkan
isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
40. Semua orang akan
dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.
Subhanallah betapa Islam begitu menghargai dan menghormati wanita yang Sholehah...